GANGGUAN

1 Apakah tujuan "penapis takuk" yang boleh didapati pada banyak penghantar-terima HF?

A Untuk mengehadkan lebar jalur suara pemancar
B Untuk mengurangkan gangguan daripada pengangkut di jalur lepas penerima
C Untuk menghapuskan gangguan penerima daripada sumber hingar impuls
D Untuk mempertingkat penerimaan frekuensi tertentu pada jalur sesak

2 Apakah kelebihan memilih jalur sisi bertentangan atau "songsang" apabila menerima isyarat CW pada penghantar-terima HF biasa?

A Gangguan daripada hingar impuls akan dihapuskan
B Lebih banyak stesen dapat dimuatkan dalam jalur lulus isyarat ditetapkan
C Ada kemungkinan mengurangkan atau menghapuskan gangguan daripada isyarat lain
D Operasi luar jalur tanpa sengaja dapat dicegah

3 Apakah yang lazimnya dimaksudkan dengan mengendalikan penghantar-terima dalam mod "sisih"?

A Radio berfungsi dengan separuh kuasa
B Penghantar-terima berfungsi menggunakan sumber kuasa luaran
C Penghantar-terima diset menggunakan frekuensi penghantaran dan penerimaan yang berbeza
D Pemancar mengeluarkan isyarat SSB, bertentangan dengan operasi DSB

4 Apakah bacaan pada meter arus plat suatu penguat kuasa RF tiub vakum yang menunjukkan pelarasan betul kawalan talaan plat?

A Puncak ketara
B Junaman ketara
C Tiada perubahan diperhatikan
D Ayunan perlahan berirama

5 Apakah sebab untuk menggunakan Kawalan Aras Automatik (ALC) dengan penguat kuasa RF?

A Untuk mengimbangi sambutan frekuensi audio pemancar
B Untuk mengurangkan sinaran harmonik
C Untuk mengurangkan herotan disebabkan pacuan berlebih-lebihan
D Untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan

6 Apakah jenis peranti yang selalu digunakan untuk memadankan galangan output pemancar kepada galangan yang bukan 50 ohms?

A Pemodulat seimbang
B Jambatan SWR
C Pengganding antena atau penala antena
D Pendarab-Q

7 Apakah keadaan yang boleh membawa kepada kerosakan kekal terhadap penguat kuasa RF keadaan pepejal?

A Kuasa pacuan tidak mencukupi
B SWR input rendah
C Memintas isyarat input ke bumi
D Kuasa pacuan berlebih-lebihan

8 Apakah pelarasan yang betul bagi kawalan gandingan atau beban penguat kuasa RF tiub vakum?

A SWR minimum pada antena
B Arus plat minimum tanpa melebihi arus grid maksimum dibenarkan
C Voltan plat tertinggi sambil meminimumkan arus grid
D Output kuasa maksimum tanpa melebihi arus plat maksimum dibenarkan

9 Mengapakah tunda masa kadang kala dimasukkan dalam litar penguncian pemancar?

A Untuk menghalang stesen daripada mengganggu satu sama lain
B Untuk membenarkan pengatur kuasa pemancar dicas cukup-cukup
C Untuk memberikan masa kepada operasi penukaran hantar-terima selesai sepenuhnya sebelum output RF dibenarkan
D Untuk memberikan masa bagi isyarat amaran dihantar kepada stesen lain

10 Apakah tujuan kekunci tangan elektronik?

A Pensuisan hantar/terima automatik
B Penjanaan automatik rentetan titik dan sengkang untuk operasi CW
C Operasi VOX
D Antara muka komputer untuk operasi PSK dan RTTY

11 Yang mana satukah kegunaan kawalan anjakan IF pada penerima?

A Untuk mengelak gangguan daripada stesen yang amat dekat dengan frekuensi terima
B Untuk menukar frekuensi dengan cepat
C Untuk membolehkan mendengar pada frekuensi berbeza daripada yang digunakan untuk memancar
D Untuk menerima stesen yang sedikit berbeza frekuensi tanpa menukar frekuensi pemancaran

12 Yang mana satukah kegunaan biasa untuk ciri VFO duaan pada suatu penghantar-terima?

A Untuk membolehkan pemancaran pada dua frekuensi sekaligus
B Untuk membenarkan operasi dupleks penuh, iaitu memancar dan menerima pada masa yang sama
C Untuk membenarkan pengawasan dua frekuensi berbeza
D Untuk memudahkan antara muka komputer

13 Apakah sebab untuk menggunakan fungsi pelemah yang wujud pada banyak penghantar-terima HF?

A Untuk mengurangkan beban lampau isyarat yang disebabkan oleh isyarat mendatang kuat
B Untuk mengurangkan kuasa pemancar apabila memacu penguat linear
C Untuk mengurangkan penggunaan kuasa apabila berfungsi menggunakan bateri
D Untuk memperlahankan isyarat CW diterima untuk salinan lebih baik

14 Apakah yang ber kemungkinan berlaku jika sistem ALC penghantar-terima tidak diset dengan betul ketika memancar isyarat radio AFSK menggunakan mod jalur sisi tunggal?

A ALC akan menyongsang modulasi mod AFSK
B Tindakan tidak wajar ALC mengherotkan isyarat dan boleh menyebabkan pemancaran palsu
C Apabila menggunakan mod digital, aktiviti ALC yang terlalu banyak akan menyebabkan pemancar menjadi terlalu panas
D Semua pilihan di atas betul

15 Yang manakah antara berikut boleh menjadi gejala RF yang dipancarkan diterima oleh kabel audio yang membawa isyarat data AFSK antara komputer dan penghantar-terima?

A Litar VOX tidak membuka kunci pemancar
B Isyarat pemancar herot-benyot
C Tamat masa sambungan kerap
D Semua pilihan di atas betul

16 Alat ujian apakah yang mengandungi penguat saluran mendatar dan menegak?

A Meter ohm
B Penjana isyarat
C Meter ampere
D Osiloskop

17 Yang manakah antara berikut merupakan kelebihan osiloskop berbanding meter volt digital?

A Osiloskop menggunakan kuasa yang kurang
B Galangan kompleks boleh diukur dengan senang
C Galangan input jauh lebih rendah
D Bentuk gelombang kompleks boleh diukur

18 Yang manakah antara berikut merupakan alat terbaik untuk memeriksa bentuk gelombang kunci pemancar CW?

A Osiloskop
B Meter kekuatan medan
C Monitor nada sisi
D Meter gelombang

19 Apakah sumber isyarat yang disambung kepada input menegak osiloskop apabila memeriksa pola sampul RF isyarat yang dipancarkan?

A Pengayun tempatan pemancar
B Pengayun RF luaran
C Output pengadun terimbang pemancar
D Output RF dilemahkan pemancar

20 Mengapakah galangan input tinggi diingini dalam meter volt?

A Ia memperbaiki sambutan frekuensi
B Ia mengurangkan penggunaan bateri meter
C Ia memperbaiki peleraian bacaan
D Ia mengurangkan pemuatan ke atas litar yang diukur

21 Apakah kelebihan meter volt digital berbanding meter volt analog?

A Lebih baik untuk mengukur litar komputer
B Lebih baik untuk ukuran RF
C Kepersisan lebih baik untuk kebanyakan kegunaan
D Sambutan lebih pantas

22 Apakah isyarat yang digunakan untuk menjalankan ujian dua-ton?

A Isyarat audio frekuensi sama dianjak 90 darjah
B Dua isyarat audio tidak berkait secara harmonik
C Dua ton frekuensi sapuan
D Dua isyarat gelombang segi empat sama julat frekuensi audio yang sama amplitud

23 Alat yang manakah antara berikut boleh digunakan untuk mengawas output RF relatif apabila membuat pelarasan antena dan pemancar?

A Meter kekuatan medan
B Jambatan hingar antena
C Multimeter
D Meter Q

24 Yang manakah antara berikut boleh ditentukan dengan meter kekuatan medan?

A Rintangan sinaran antena
B Pola sinaran antena
C Kehadiran dan jumlah herotan fasa pemancar
D Kehadiran dan jumlah herotan amplitud pemancar

25 Yang manakah antara berikut boleh ditentukan dengan meter watt berarah?

A Nisbah gelombang pegun
B Nisbah depan-ke-belakang antena
C Gangguan RF
D Perambatan gelombang radio

26 Yang manakah antara berikut mesti disambung ke penganalisis antena apabila ia digunakan untuk pengukuran SWR?

A Penerima
B Pemancar
C Antena dan talian suapan
D Semua pilihan di atas betul

27 Masalah apakah yang mungkin terjadi ketika mengambil ukuran terhadap suatu sistem antena menggunakan penganalisis antena?

A Kerosakan kekal mungkin berlaku terhadap penganalisis jika ia dikendalikan dengan SWR tinggi
B Isyarat kuat daripada pemancar berhampiran boleh memberi kesan kepada kejituan ukuran
C Penganalisis boleh rosak jika ukuran cuba dibuat di luar jalur ham
D Sambungan penganalisis ke antena boleh menyebabkannya menyerap harmonik

28 Apakah kegunaan penganalisis antena selain daripada mengukur SWR sistem antena?

A Mengukur nisbah depan ke belakang antena
B Mengukur nisbah lilit pengubah kuasa
C Menentukan galangan kabel sepaksi yang tidak diketahui atau tidak bertanda
D Menentukan gandaan antena berarah

29 Apakah contoh keadaan di mana penggunaan alat yang memberi bacaan analog lebih disukai berbanding alat yang memberi bacaan digital?

A Apabila menguji litar logik
B Apabila kepersisan tinggi dikehendaki
C Apabila mengukur frekuensi pengayun
D Apabila melaraskan litar tertala

30 Prestasi pemancar yang manakah yang diuji analisis dua-ton?

A Kelinearan
B Peratusan penindasan pembawa dan jalur sisi tak diingini bagi SSB
C Peratusan pemodulatan frekuensi
D Peratusan anjakan fasa pembawa

31 Yang manakah antara berikut mungkin berguna untuk mengurangkan gangguan RF terhadap peranti frekuensi audio?

A Peraruh pintasan
B Pemuat pintasan
C Diod terpincang ke depan
D Diod terpincang mundur

32 Yang manakah antara berikut boleh menjadi penyebab gangguan pada julat lebar frekuensi?

A Tidak menggunakan balun atau pemencil talian untuk menyuap antena terimbang
B Kekurangan penerusan isyarat pemancar dalam pengalir kuasa
C Pengarkaan pada sambungan elektrik buruk
D Menggunakan balun untuk menyuap antena tak seimbang

33 Bunyi apakah yang didengar daripada peranti audio atau telefon jika terdapat gangguan daripada pemancar telefon jalur sisi tunggal berdekatan?

A Dengung mantap bila pemancar ke udara
B Dengungan atau bunyi klik sekejap-sekejap
C Pertuturan herot
D Pertuturan jelas didengar

34 Apakah kesan terhadap peranti audio atau sistem telefon jika terdapat gangguan daripada pemancar CW berhampiran?

A Dengungan atau bunyi klik sekejap-sekejap
B Isyarat CW pada frekuensi audio hampir jelas
C Isyarat CW riang
D Audio herot teruk

35 Masalah apakah yang mungkin berlaku jika anda mendapat lecur RF apabila menyentuh peralatan anda ketika sedang memancar pada jalur HF, dengan mengandaikan peralatan itu disambung ke bumi?

A Tocang rata digunakan sebagai wayar bumi berbanding wayar bulat
B Wayar tertebat digunakan sebagai wayar bumi
C Batang bumi beresonans
D Wayar bumi mempunyai galangan tinggi pada frekuensi itu

36 Apakah kesan sambungan bumi beresonans?

A Pemanasan lampau pengikat bumi
B Kakisan batang bumi
C Voltan RF tinggi pada kurungan peralatan stesen
D Gelung bumi

37 Apakah cara yang elok untuk mengelakkan kesan tidak dikehendaki tenaga RF dalam stesen amatur?

A Sambung semua bumi peralatan bersama
B Pasang penuras RF secara siri dengan wayar bumi
C Gunakan gelung bumi untuk kekonduksian terbaik
D Pasang beberapa manik ferit pada wayar bumi di mana ia bersambung pada stesen anda

38 Yang manakah antara berikut akan mengurangkan gangguan RF yang disebabkan oleh arus ragam-sepunya pada kabel audio?

A Meletakkan pencekik ferit di sekeliling kabel
B Menambah pemuat siri kepada pengalir
C Menambah peraruh pirau kepada pengalir
D Menambah jaket penebat tambahan kepada kabel

39 Bagaimanakah gelung bumi dapat dielakkan?

A Sambung semua pengalir bumi secara siri
B Sambung pengalir neutral AC kepada wayar bumi
C Elak menggunakan sesendal kunci dan sesendal bintang apabila membuat sambungan bumi
D Sambung semua pengalir bumi kepada satu titik tunggal

40 Apakah antara gejala terjadinya gelung bumi dalam stesen anda?

A Anda mendengar bunyi "dengung" pada isyarat terpancar stesen anda
B Bacaan SWR bagi antena anda naik mendadak secara tiba-tiba
C Salah satu peralatan stesen anda mula menggunakan arus yang berlebih-lebihan
D Anda mendengar bunyi gangguan harmonik daripada stesen anda

41 Yang manakah antara berikut merupakan fungsi pemproses isyarat digital?

A Untuk menyediakan pembumian mencukupi
B Untuk membuang hingar daripada isyarat yang diterima
C Untuk meningkatkan gandaan antena
D Untuk meningkatkan lebar jalur antena

42 Yang manakah antara berikut merupakan kelebihan penuras IF DSP penerima berbanding penuras analog?

A Beraneka lebar jalur dan bentuk penuras boleh dicipta
B Lebih sedikit komponen digital diperlukan
C Hasil bercampur dikurangkan dengan banyak
D Penuras DSP lebih berkesan pada frekuensi VHF

43 Yang manakah antara berikut boleh membuat takuk automatik bagi pembawa mengganggu?

A Penalaan lulus jalur
B Penuras Pemproses Isyarat Digital (DSP)
C Pencampuran terimbang
D Pengehad hingar

44 Apakah tujuan pemproses pertuturan seperti yang digunakan dalam penghantar-terima moden?

A Meningkatkan kebolehfahaman isyarat telefon terpancar ketika keadaan tidak baik
B Meningkatkan sambutan bes pemancar bagi isyarat SSB dengan bunyi lebih sejadi
C Mengelakkan herotan isyarat suara
D Mengurangkan output suara frekuensi-tinggi bag mengelakkan operasi luar jalur

45 Yang manakah antara berikut memerikan bagaimana pemproses pertuturan memberi kesan kepada isyarat telefon jalur sisi-tunggal terpancar?

A Ia meningkatkan kuasa puncak
B Ia meningkatkan kuasa purata
C Ia mengurangkan herotan harmonik
D Ia mengurangkan herotan antara modulatan

46 Yang manakah antara berikut mungkin menjadi hasil pemproses pertuturan yang salah dilaras?

A Pertuturan herot
B Percikan
C Pungutan latar belakang berlebihan
D Semua pilihan di atas betul

47 Apakah yang diukur oleh meter S?

A Konduksian
B Galangan
C Kekuatan isyarat diterima
D Output kuasa penghantar

48 Bagaimanakah perbandingan isyarat yang memberi bacaan 20 dB di atas S9 dengan isyarat yang memberi bacaan S9 pada penerima, dengan andaian meter S tertentukur dengan betul?

A Ia 10 kali kurang kuat
B Ia 20 kali kurang kuat
C Ia 20 kali lebih kuat
D Ia 100 kali lebih kuat

49 Di manakah meter S boleh dijumpai?

A Dalam penerima
B Dalam jambatan SWR
C Dalam pemancar
D Dalam jambatan konduksian

50 Sebanyak manakah output kuasa pemancar perlu ditingkatkan untuk menukar bacaan meter kekuatan pada penerima yang jauh daripada S8 ke S9?

A Kira-kira 1.5 kali
B Kira-kira 2 kali
C Kira-kira 4 kali
D Kira-kira 8 kali

51 Apakah julat frekuensi yang dihuni isyarat LSB 3 kHz apabila frekuensi pembawa yang terpapar diset kepada 7.178 MHz?

A 7.178 ke 7.181 MHz
B 7.178 ke 7.184 MHz
C 7.175 ke 7.178 MHz
D 7.1765 ke 7.1795 MHz

52 Apakah julat frekuensi yang dihuni isyarat LSB 3 kHz apabila frekuensi pembawa yang terpapar diset kepada 14.347 MHz?

A 14.347 ke 14.647 MHz
B 14.347 ke 14.350 MHz
C 14.344 ke 14.347 MHz
D 14.3455 ke 14.3485 MHz

53 Sedekat manakah dengan tubir bawah jalur 40-meter patut frekuensi pembawa terpapar anda apabila menggunakan LSB selebar 3 kHz?

A Sekurang-kurangnya 3 kHz di atas tubir segmen
B Sekurang-kurangnya 3 kHz di bawah tubir segmen
C Frekuensi pembawa terpapar anda boleh diset di tubir segmen
D Sekurang-kurangnya 1 kHz di atas tubir segmen

54 Sedekat manakah dengan tubir atas jalur 20-meter patut frekuensi pembawa terpapar anda apabila menggunakan USB selebar 3 kHz?

A Sekurang-kurangnya 3 kHz di atas tubir segmen
B Sekurang-kurangnya 3 kHz di bawah tubir segmen
C Frekuensi pembawa terpapar anda boleh diset di tubir segmen
D Sekurang-kurangnya 1 kHz di bawah tubir segmen

55 Apakah tujuan topi kemuatan pada antena bergerak?

A Untuk meningkatkan keupayaan pengendalian kuasa antena cemeti
B Untuk membenarkan penukaran jalur automatik
C Untuk membenarkan penalaan jarak jauh
D Untuk memanjangkan secara elektrik antena yang secara fizikalnya pendek

56 Apakah tujuan bola korona pada antena bergerak HF?

A Untuk menyempitkan lebar jalur pengendalian antena
B Meningkatkan "Q" antena
C Untuk mengurangkan kemungkinan kerosakan sekiranya antena terkena sesuatu objek
D Untuk mengurangkan nyahcas voltan tinggi daripada hujung antena

57 Yang manakah antara sambungan kuasa berfius, langsung berikut yang terbaik untuk pemasangan bergerak HF 100 watt?

A Untuk bateri menggunakan wayar tolok berat
B Untuk pengulang-alik atau penjana menggunakan wayar tolok berat
C Untuk bateri menggunakan wayar perintang
D Untuk pengulang-alik atau penjana menggunakan wayar perintang

58 Mengapakah lebih baik untuk TIDAK mengambil kuasa DC bagi penghantar-terima HF 100 watt daripada soket kuasa bantu kenderaan?

A Soket itu tidak dipasang dengan kabel kuasa bertebat-RF
B Pendawaian soket mungkin tidak cukup untuk arus yang ditarik oleh penghantar-terima
C Kekutuban DC soket terbalik daripada kekutuban penghantar-terima HF moden
D Menarik lebih daripada 50 watt dari soket itu boleh menyebabkan enjin menjadi terlampau panas

59 Yang manakah antara berikut paling mengehadkan keberkesanan penghantar-terima bergerak HF yang dikendalikan dalam jalur 80-meter?

A Kelainan isyarat akibat "Pagar Pancang"
B Tolok wayar talian kuasa DC ke penghantar-terima
C Sistem antena
D Peraturan MCMC yang mengehadkan kuasa output bergerak pada jalur 80-meter

60 Apakah kekurangan menggunakan antena bergerak pendek berbanding antena saiz-penuh?

A Antena pendek lebih berkemungkinan menyebabkan herotan isyarat yang dihantar
B Antena pendek hanya boleh menerima isyarat terkutub secara bulatan
C Lebar jalur kendalian mungkin amat terhad
D Sinaran harmonik mungkin meningkat

61 Yang manakah antara berikut mungkin menyebabkan gangguan kedengaran dalam penerima radio HF yang dipasang dalam kenderaan model baharu?

A Sistem pengecasan bateri
B Sistem penyampaian bahan api
C Komputer kawalan kenderaan
D Semua pilihan di atas betul

62 Apakah nama bagi proses penukaran terus cahaya matahari kepada tenaga elektrik?

A Pengubahan fotovolta
B Pancaran foton
C Fotosintesis
D Penguraian foton

63 Berapakah nilai kasar voltan litar-terbuka sel fotovolta silikon yang diterangi sepenuhnya?

A 0.02 VDC
B 0.5 VDC
C 0.2 VDC
D 1.38 VDC

64 Apakah sebab diod sesiri disambung antara panel suria dan bateri simpanan yang sedang dicas oleh panel itu?

A Diod itu berfungsi mengatur voltan pengecasan agar tidak dicas berlebihan
B Diod itu mengelakkan nyahcas sendiri bateri melalui panel ketika waktu pencahayaan kurang atau tiada pencahayaan
C Diod itu mengehadkan arus yang mengalir dari panel kepada nilai yang selamat
D Diod itu meningkatkan kecekapan dengan banyak pada waktu pencahayaan tinggi

65 Yang manakah antara berikut merupakan kelemahan menggunakan angin sebagai sumber utama kuasa untuk suatu stesen kecemasan?

A Kecekapan penukaran dari tenaga mekanik kepada tenaga elektrik kurang daripada 2 peratus
B Kadaran voltan dan arus sistem sebegini tidak serasi dengan peralatan amatur
C Sistem simpanan tenaga yang besar diperlukan untuk membekalkan kuasa apabila angin tidak bertiup
D Semua pilihan di atas betul