PERAMBATAN RADIO DAN ANTENA

1 Bagi mendapatkan pemindahan kuasa cekap daripada pemancar kepada antena, adalah penting adanya

A Galangan beban tinggi
B Galangan beban rendah
C Padanan galangan betul antara pemancar dengan antena
D Nisbah gelombang pegun tinggi

2 Talian suapan sepaksi dibina daripada:

A Pengalir tunggal
B Dua pengalir selari yang dipisahkan dengan penjarak
C Jalinan dan tebatan di sekeliling pengalir pusat
D Jalinan dan tebatan terpiuh bersama

3 Antena atau talian suapan rosak yang dipasang pada keluaran pemancar akan memberikan nilai beban yang salah hingga menyebabkan:

A Peringkat pemacu tidak menghantar kuasa ke akhir
B Litar tertala keluaran rosak
C Haba melampau dihasilkan pada peringkat keluaran pemancar
D Kehilangan modulasi dalam isyarat yang dihantar

4 Akibat ketakserasian antara amplifier kuasa pemancar dengan antena ialah:

A Sinaran antena yang berkurangan
B Sinaran klik kekunci
C Peratusan modulasi lebih rendah
D Saliran arus DC lebih kecil

5 Suapan berikut menjadi padanan terbaik kepada tapak antena satah bumi gelombang sukuan:

A Talian suapan terimbang 300 ohm
B Kabel sepaksi 50 ohm
C Talian suapan terimbang 75 ohm
D Kabel sepaksi 300 ohm

6 Galangan keluaran terancang soket antena kebanyakan pemancar moden secara nominalnya ialah:

A 25 ohm
B 50 ohm
C 75 ohm
D 100 ohm

7 Hasil gelombang pegun pada talian penghantaran bukan beresonans ialah:

A Pemindahan tenaga maksimum daripada pemancar kepada antena
B Padanan galangan sempurna antara pemancar dengan talian suapan
C Pemindahan berkurangan tenaga RF kepada antena
D Kekurangan sinaran daripada talian penghantaran

8 Alat yang digunakan untuk memeriksa sama ada kuasa RF dalam talian penghantaran dipindahkan kepada antena atau tidak ialah:

A Meter nisbah gelombang pegun
B Penala antena
C Beban semu
D Monitor sorot

9 Talian suapan antena yang biasa didapati ini boleh ditanam terus ke bumi untuk jarak tertentu tanpa sembarang kesan buruk:

A Dawai kembar 75 ohm
B Dawai kembar 300 ohm
C Dawai terbuka 600 ohm
D Kabel sepaksi

10 Jika talian suapan antena terpaksa lalu berhampiran dengan objek logam terbumi, jenis yang berikut perlu digunakan:

A Dawai kembar 75 ohm
B Dawai kembar 300 ohm
C Dawai terbuka 600 ohm
D Kabel sepaksi

11 Anda sedang melaraskan sebuah unit pemadan antena menggunakan titian SWR. Anda perlu melaraskannya untuk:

A Kuasa pantulan maksimum
B Kuasa pancaran dan pantulan sama
C Kuasa pantulan minimum
D Kuasa pancaran minimum

12 Keluaran kuasa sampul puncak (PEP) ialah:

A Keluaran kuasa purata pada puncak kitar modulasi
B Jumlah kuasa yang terkandung dalam setiap jalur sisi
C Keluaran kuasa pembawa
D Keluaran kuasa pemancar pada keadaan sorot atas

13 Penguntukan radas membenarkan anda:

A Bekerja di stesen radio antara penduduk
B Mengasaskan dan mengendalikan stesen bumi dalam perkhidmatan satelit amatur
C Memberikan khidmat peralatan radio dagangan melebihi keluaran 1kW
D Mendawaikan semula sesalur bekalan elektrik rumah tetap

14 Antena atau talian suapan rosak yang dipasang pada keluaran pemancar memberikan nilai beban yang salah hingga menyebabkan:

A Peringkat pemacu tidak menghantar kuasa ke akhir
B Litar tertala keluaran rosak
C Haba melampau dihasilkan pada peringkat keluaran pemancar
D Kehilangan modulasi dalam isyarat yang dihantar

15 Kehilangan yang terjadi pada talian penghantaran antara pemancar dengan antena menyebabkan:

A Sedikit kuasa RF yang dipancarkan
B SWR menjadi 1:1
C Pantulan terjadi dalam talian
D Pemindahan dibaiki tenaga RF kepada antena

16 Jika impedans ciri talian suapan tidak berpadanan dengan galangan input antena, maka:

A Gelombang pegun dihasilkan di talian suapan
B Haba dihasilkan di simpang
C SWR jatuh ke to 1:1
D Antena tidak akan memancarkan sembarang isyarat

17 Alat yang digunakan untuk memeriksa sama ada kuasa RF dalam talian penghantaran dipindahkan kepada antena atau tidak ialah:

A Meter nisbah gelombang pegun
B Penala antena
C Beban semu
D Monitor sorot

18 Antena yang memancar sama baik dalam semua arah kompas ialah:

A Dwikutub dengan pemantul sahaja
B Gelombang sukuan terbumi menegak
C Dwikutub dengan pengarah sahaja
D Dwikutub mengufuk separuh gelombang

19 Antena satah bumi memancarkan:

A Gelombang berkutub mengufuk
B Gelombang berkutub secara elips
C Gelombang berkutub paksian
D Gelombang berkutub menegak

20 Antena semu:

A Melemahkan penjana isyarat kepada aras yang diingini
B Memberikan lebih banyak pemilihan apabila sebuah pemancar sedang ditala
C Memadankan suatu penjana AF kepada penerima
D Menduakan ciri antena tanpa memancarkan isyarat

21 Sifat antena ini secara umumnya mentakrifkan julat frekuensi antena itu berkesan:

A Lebar jalur
B Nisbah depan-ke-belakang
C Galangan
D Pengutuban

22 Frekuensi resonans antena boleh ditingkatkan dengan:

A Memendekkan unsur penyinar
B Memendekkan unsur pengarah
C Menambah ketinggian unsur penyinar
D Memendekkan unsur pemantul

23 Bagi merendahkan frekuensi resonans suatu antena, seseorang pengendali seharusnya:

A Memanjangkan antena
B Menyuap tengah antena dengan reben TV
C Memendekkan antena
D Membumikan satu hujung

24 Antena separa gelombang lazimnya dikenal sebagai:

A Bipolar
B Yagi
C Dwikutub
D Alur

25 Frekuensi resonans antena dwikutub ditentukan terutamanya oleh:

A Ketinggian di atas tanah
B Kepanjangan
C Kuasa keluaran pemancar yang digunakan
D Kepanjangan talian penghantaran

26 Antena menegak yang menggunakan permukaan beraliran rata pada tapaknya ialah:

A Dwikutub menegak
B Satah bumi gelombang sukuan
C Rombus
D Wayar panjang

27 Ciri utama antena menegak ialah:

A Memerlukan sedikit penebat
B Sangat sensitif terhadap isyarat yang datang dari aerial mengufuk
C Menerima isyarat sama baik dari semua titik di sekelilingnya
D Senang disuap dengan penyuap reben TV

28 Antena Yagi dikatakan mempunyai gandaan kuasa ke atas antena dwikutub bagi jalur frekuensi yang sama kerana:

A Antena ini lebih mahal daripada dwikutub
B Lebih banyak pemancar berkuasa dapat menggunakannya
C Antena ini menumpukan sinaran pada satu arah
D Antena ini boleh digunakan untuk lebih daripada satu jalur

29 Laluan yang biasanya dilalui gelombang radio dari antena pemancar ke antena penerima pada frekuensi VHF dan lebih tinggi ialah:

A Laluan membulat menuju utara atau selatan daripada pemancar
B Laluan bulatan besar
C Laluan lurus
D Laluan bengkok melalui ionosfera

30 Bacaan SWR 2. 5:1 menandakan:

A SWR memuaskan
B Antena tidak resonans
C Antena mesti dipendekkan
D Sistem antena memerlukan pelarasan

31 Biasanya ionosfera dicas oleh:

A Siaran radio anda
B Sinaran ultraungu dari matahari
C Sinaran kosmos
D Ribut ionosfera

32 Akronim EMC merujuk:

A Keserasian Elektrik dan Magnet
B Keserasian Elektromagnet
C Keserasian Minimum Kejuruteraan
D Pematuhan Penyelenggaraan Elektrik

33 Radio siaran, TV dan radio amatur boleh terkena gangguan daripada:

A Talian kuasa voltan tinggi
B Fasa bulan
C Penyaluran ionosfera
D Gangguan rentas khatulistiwa

34 Antena disambung melalui penyuap terus kepada pemancar tetapi menggunakan frekuensi yang salah. Keadaan ini akan:

A Memantulkan sebahagian kuasa daripada pemancar kepada sepanjang penyuap
B Menyebabkan risiko kerosakan antena
C Mengurangkan SWR pada penyuap
D Meningkatkan kekuatan isyarat yang diterima pada suatu jarak dari pemancar

35 Seorang amatur ingin mencapai jarak yang lebih jauh pada VHF atau UHF. Pilihan mana yang lebih tinggi kemungkinan untuk berjaya?

A Menambahkan ketinggian antena mengatasi bumbung di sekeliling
B Menggunakan penyuap lebih panjang kepada antena
C Menggunakan UHF untuk jarak paling jauh
D Memindahkan antena ke tanah di laman

36 Ionosfera ialah

A Lapisan gas yang memantul pada ketinggian 70 hingga 400km
B Nama lain bagi udara yang kita bernafas
C Sejenis antena memancar berbentuk sfera
D Bahagian peralatan ujian radio amatur

37 Dwikutub gelombang separuh menegak akan memancar

A Sama rata pada arah mengufuk
B Isyarat maksimum pada arah menegak
C Isyarat minimum pada sudut tegak antena
D Isyarat maksimum pada hujung antena

38 Apabila melaraskan Unit Pemadanan Antena, anda seharusnya sentiasa

A Melaraskannya bagi mendapatkan nisbah gelombang pegun minimum
B Melaraskannya bagi mendapatkan nisbah gelombang pegun maksimum
C Menutup pemancar
D Memastikan antena dipotong untuk panjang gelombang yang betul

39 Antena pemancar VHF seharusnya diletakkan

A Di dalam, dilindungi daripada hujan, angin dan matahari
B Di luar, setinggi yang mungkin bagi mengelak halangan
C Berhampiran dengan pemancar supaya mudah dilaraskan bagi mendapat panjang yang betul
D Di aras bumi bagi mengurangkan gangguan

40 Yang manakah antara berikut TIDAK membantu mengurangkan gangguan terhadap penerima TV tempatan?

A Menambah jarak antara antena dengan rumah
B Memanjangkan kabel sesalur pemancar
C Menambahkan ketinggian antena
D Menggunakan antena terimbang untuk HF

41 Kenyataan manakah yang betul tentang perambatan radio?

A Pada VHF isyarat radio dapat melepasi bangunan biasa dan kekuatan isyarat tidak berbeza sangat apabila penerima digerakkan ke serata bangunan
B Kekuatan isyarat yang diterima daripada pemancar pada puncak bukit sama pada jarak 1 km, 5 km 10 km asalkan tiada halangan
C Bangunan di bandar boleh menyekat isyarat radio VHF pada aras bumi dan penerimaan lebih baik pada aras yang lebih tinggi
D Jika isyarat VHF agak lemah, maka pertukaran kepada UHF dengan kuasa dan gandaan antena yang sama berkemungkinan memberikan isyarat yang lebih baik

42 Pada kabel sepaksi, medan

A Di sekeliling satu pengalir sama dengan medan di sekeliling pengalir satu lagi
B Di sekeliling satu pengalir sama dan berlawanan dengan medan di sekeliling pengalir satu lagi
C Cuma wujud di antara dua pengalir dan kekal di dalam kabel
D Wujud di sekeliling kabel untuk jarak kira-kira 10 panjang gelombang

43 Sebatang antena mempunyai unsur pemacu dan pemantul. Mungkin juga ada

A Pengarah
B Jejarian
C Gegelung berpadanan
D Satah bumi

44 Apakah yang menyambungkan penghantar-terima anda dengan antena?

A Kord kuasa
B Wayar bumi
C Talian suapan
D Beban semu

45 Galangan ciri talian penghantaran ditentukan oleh:

A Panjang talian
B Dimensi fizik dan kedudukan relatif pengalir
C Frekuensi talian itu dijalankan
D Beban yang diletakkan pada talian itu

46 Apakah talian suapan antena yang biasa didapati yang boleh ditanam terus ke dalam tanah untuk jarak tertentu tanpa sembarang kesan buruk?

A Dawai-kembar 300 ohm
B Dawai-terbuka 600 ohm
C Dawai-kembar 75 ohm
D Kabel sepaksi

47 Apakah itu kabel sepaksi?

A Dua wayar bersebelahan dalam reben plastik
B Dua wayar bersebelahan yang diasingkan dengan batang penebat
C Dua wayar terpiuh di sekeliling yang lagi satu dalam bentuk lingkaran
D Suatu wayar tengah di dalam bahan penebat yang ditutup dengan sarung atau pelindung logam

48 Apakah talian suapan pengalir-selari?

A Dua wayar terpiuh di sekeliling yang satu lagi dalam bentuk lingkaran
B Wayar tengah di dalam bahan penebat yang ditutup dengan sarung atau pelindung logam
C Paip logam yang selebar atau lebar sedikit daripada panjang gelombang isyarat yang dibawanya
D Dua wayar bersebelahan yang diasingkan dengan batang penebat

49 Apakah jenis talian suapan antena yang diperbuat daripada dua pengalir yang diasingkan dengan batang penebat?

A Talian tangga pengalir-terbuka
B Kabel sepaksi
C Dawai-kembar dalam reben plastik
D Kembar terpiuh

50 Apakah maksud istilah “balun”?

A Pemunggah terimbang
B Terimbang kepada tak seimbang
C Penyahmodulat terimbang
D Rangkaian antena terimbang

51 Apakah talian tak seimbang?

A Talian suapan dengan tiada pengalir disambungkan ke bumi
B Talian suapan dengan kedua-dua pengalir disambungkan ke bumi
C Talian suapan dengan kedua-dua pengalir disambungkan pada satu sama lain
D Talian suapan dengan satu pengalir disambungkan ke bumi

52 Talian penghantaran terimbang:

A Terdiri daripada dua wayar selari
B Mempunyai satu pengalir di dalam yang satu lagi
C Membawa arus RF dalam satu wayar sahaja
D Diperbuat daripada satu pengalir sahaja

53 Apakah peranti yang boleh dipasang untuk menyuap antena terimbang dengan talian suapan tak seimbang?

A Transformer tiga paksi
B Balun
C Perangkap gelombang
D Gelung beban

54 Apakah talian suapan antena yang terbaik untuk digunakan, jika talian itu mesti diletakkan berhampiran dengan objek logam dibumikan?

A Talian tangga
B Kembar terpiuh
C Kabel sepaksi
D Dawai kembar

55 Apakah sebab untuk tidak menggunakan talian suapan pengalir-selari?

A Anda perlu menggunakan peranti pemadan galangan dengan penghantar- terima anda, dan peranti itu tidak berfungsi begitu baik dengan SWR tinggi
B Talian ini tidak berfungsi dengan baik apabila diikat dengan objek logam, dan tidak boleh berfungsi dengan kuasa tinggi
C Talian ini tidak berfungsi dengan baik apabila diikat dengan objek logam, dan anda perlu menggunakan peranti pemadan galangan dengan penghantar-terima anda
D Talian ini sukar dibina di rumah dan tidak berfungsi begitu baik dengan SWR tinggi

56 Apakah maksud bacaan SWR 1:1?

A Padanan galangan terbaik telah dicapai
B Antena untuk jalur frekuensi lain mungkin tersambung
C Tiada kuasa yang pergi ke antena
D Meter SWR rosak

57 Apakah maksud bacaan SWR kurang daripada 1.5:1?

A Padanan galangan yang agak baik
B Padanan galangan yang terlalu rendah
C Ketakserasian galangan; mungkin ada yang tidak kena dengan sistem antena
D Gandaan antena 1.5

58 Apakah jenis bacaan SWR yang mungkin bermaksud sentuhan elektrik lemah antara bahagian-bahagian sistem antena?

A Bacaan negatif
B Tiada bacaan langsung
C Bacaan gementar
D Bacaan sangat rendah

59 Apakah maksud bacaaan SWR yang sangat tinggi?

A Pemancar mengeluarkan lebih banyak kuasa daripada biasa, menunjukkan yang pemancar itu akan rosak
B Panjang antena salah, atau mungkin ada sambungan pintas atau terbuka di mana-mana dalam talian suapan
C Terdapat banyak sinara suria, yang bermakna keadaan radio yang tidak baik
D Isyarat daripada antena luar biasa kuat, yang bermakna keadaan radio yang sangat baik

60 Apakah maksud nisbah gelombang-pegun?

A Nisbah voltan maksimum kepada minimum dalam talian suapan
B Nisbah kearuhan maksimum kepada minimum dalam talian suapan
C Nisbah rintangan maksimum kepada minimum dalam talian suapan
D Nisbah galangan maksimum kepada minimum dalam talian suapan

61 Jika talian suapan antena panas ketika bersiaran, apakah ertinya?

A Anda seharusnya bersiaran dengan kuasa yang lebih rendah
B Pengalir dalam talian suapan tidak ditebat dengan begitu baik
C Talian suapan terlebih panjang
D SWR mungkin terlalu tinggi, atau kehilangan talian suapan mungkin terlalu tinggi

62 Keputusan kehadiran gelombang pegun dalam talian penghantaran ialah:

A Padanan galangan sempurna antara pemancar dengan talian suapan
B Pemindahan tenaga maksimum kepada antena daripada pemancar
C Kekurangan sinaran daripada talian penghantaran
D Kekurangan perpindahan tenaga RF kepada antena

63 Apakah sebab utama begitu banyak antena pangkalan dan antena bergerak VHF berkepanjangan gelombang 5/8?

A Sudut sinaran tinggi memberikan liputan tempatan yang sangat baik
B Sudut sinaran rendah
C Mudah memadankan antena dengan pemancar
D Panjang itu sesuai pada VHF

64 Berapakah unsur yang dipacu terus pada kebanyakan antena Yagi?

A Tiada
B Dua
C Tiga
D Satu

65 Antena pemancar dwikutub yang diletakkan dalam keadaan hujungnya menghadap Utara/Selatan akan memancar:

A Kebanyakannya ke Selatan dan Utara
B Kebanyakannya ke Selatan
C Sama ke semua arah
D Kebanyakannya ke Timur dan Barat

66 Bagaimana isyarat VHF merambat pada jarak ufuk nampak?

A Dengan gelombang terus
B Dengan gelombang langit
C Dengan gelombang satah
D Dengan gelombang geometri

67 Penghantaran garis tampak antara dua stesen lazimnya menggunakan:

A Troposfera
B Gelombang langkau
C Ionosfera
D Gelombang bumi

68 Jarak yang dilalui gelombang bumi:

A Bergantung kepada frekuensi boleh digunakan maksimum
B Lebih jauh pada frekuensi lebih tinggi
C Kurang pada frekuensi lebih tinggi
D Sama untuk semua frekeunsi